PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SEKOLAH INI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

  1. Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat perhatian dan peluang belajar sama rata ke tahap paling maksimum.
  2. Memastikan sekolah ini berada dalam keadaan yang terbaik dalam bidang akademik, kokurikulum, persatuan, disiplin, budi pekerti pelajar dan lain-lain.
  3. Memastikan semua layanan perkhidmatan diberi kepada murid, guru, kakitangan, ibu bapa dan orang awam yang memerlukan bantuan semasa berada di sekolah ini untuk meningkatkan imej sekolah.
  4. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan segera dalam surat-menyurat, aduan dan rayuan, kewangan dan juga khidmat nasihat.
  5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  6. Memastikan keceriaan sekolah sentiasa terjamin dan pelanggan berada di sekolah dalam keadaan selesa dari segala segi.
  7. Membina hubungan yang kukuh lagi mesra di samping hormat-menghormati di antara semua pihak.

No comments:

Post a Comment