LENCANA




BENTUK
*  Diilhamkan daripada perkataan ILMU dalam tulisan jawi yang digubah kepada bentuk TANJAK.  
*  ILMU melambangkan sekolah sebagai pusat ilmiah kepada pelajar. . 
*  TANJAK melambangkan kemegahan Merayu yang mewakili 100% pelajar sekolah ini. . 
*  BULAN SABIT DAN BINTANG menandakan Agama lslam sebagai agama rasmi.
*  BUNGA PADI menggambarkan sumber rezeki serta kesuburan negeri.
*  TIGA BULATAN BERANGKAI melambangkan aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada Kelab /     Persatuan, Unit Beruniform dan sukan/ permainan.
*  BUKU DAN RIHAL melambangkan ilmu pengetahuan serta penguasaan 3M iaitu membaca, menulis     dan mengira yang diajar kepada pelajar --berasaskan kepada ilmu pengetahuan di dalam Al-Quran dan  As-Sunnah.

COGANKATA BERAKHLAK, BERILMU, BERISTIQAMAH 
*  Disusun mengikut tertibnya.
*  Melambangkan sekolah mementingkan akhlak dahulu sebelum mencurahkan ilmu dan seterusnya ilmu    yang diperoleh itu digunakan ke jalan yang berfaedah dan dirahmati Allah S.W.T.

1994
*  Tahun 1994 merupakan tahun sekolah ini mula beroperasi iaitu pada tarikh 1.12.1994.

WARNA
*  BIRU ANGKASA - merupakan satu pandangan jauh dan berwawasan.
*  KUNING - melambangkan kegirangan dan keceriaan. Mewujudkan suasana gembira dan ceria di  kalangan pelajar, guru serta semua warga SMKJ.
*  HITAM - melambangkan keupayaan serta tekad untuk mencapai cita serta wawasan.
*  PUTIH  -  melambangkan ilmu pengetahuan yang suci serta asli.



No comments:

Post a Comment