Saturday, 2 June 2012

4/6/2012 (Isnin) Gerhana Bulan mulai 7.15 malam

Jom uji telur berdiri sewaktu gerhana ....


Sambil tu jangan lupa solat sunat gerhana kaedahnya seperti berikut:



PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI


HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )


CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.


Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.


Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
1Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.


ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
  "    الص ـل ة ج امـ ع ة   "  
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه
ت ع ـال ى  
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن
مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى  
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).


INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).


Sumber: Klik

Saturday, 26 May 2012

Zikir Taubat

Wahai Tuhan ... ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU ...

Saturday, 19 May 2012

Tahniah Cikgu Mohd Amran Abdul Rahman

Sekalung tahniah untuk cikgu Mohd Amran Abdul Rahman atas kurniaan Guru Cemerlang Parlimen Larut 2012 ... warga SMKJ turut berbangga atas pencapaian anda ... semoga pencapaian ini memberi inspirasi buat warga SMKJ untuk meneruskan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi .... TAHNIAH!




Thursday, 17 May 2012

Nostalgia SMKJ 2011

Persaraan Pengetua SMKJ 2011


Sketsa HAC SMKJ 2011


Nasyid HAC SMKJ 2011


Pentomin Ulik Mayang HAC SMKJ 2011 Part 1


Pentomin Ulik Mayang HAC SMKJ 2011 Part 2


Mengaji HAC SMKJ 2011


Pelajar Cemerlang HAC 2011


Sukan Boss Gaurus 2011


Sukan Ecuus Cabalus 2011


Sukan Panthera Tigris


Ibadah Korban 2011




Tuesday, 15 May 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Jangan dilupakan jasa guru walaupun kita pernah ditengking atau dirotan
Tanpa mereka siapalah kita
Ku sebut namamu dalam doaku
Selamat hari Guru 16 Mei 2012






Thursday, 10 May 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKJ 2012

Nasyid sempena HAC SMKJ 10 Mei 2012


Persembahan sempena HAC SMKJ 10 Mei 2012


Tarian Zapin sempena HAC SMKJ 10 Mei 2012


Persembahan Silat sempena HAC SMKJ 10 Mei 2012

Tuesday, 8 May 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Jelai 2012

Tarikh : 10 Mei 2012
Masa   : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMKJ


Tahniah warga SMKJ Batu Kurau  yang berjaya mencapai kecemerlangan tahun 2011...
Bagi yang kurang menyerlah tahun 2011 ... serlahkan kecemerlangan anda pada tahun 2012 ... Insyallah kita jumpa di Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2013 ..